suria

Justin Theroux Curang Terhadap Jennifer Aniston

Justin dikatakan berlaku curang terhadap Jennifer.
Justin dikatakan berlaku curang terhadap Jennifer.
Justin dikatakan berlaku curang terhadap Jennifer.

KHABAR angin yang agak mengejutkan mengenai kekasih Jennifer Aniston iaitu Justin Theroux apabila lelaki itu dilihat sedang bermesra dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Menurut laporan portal Showbizspy, salah satu sumber melihat aktor itu memeluk seorang wanita berambut perang di Cavallo Point, San Francisco. Malah Justin memberi ciuman mesra kepada wanita tersebut.

"Justin memberi ciuman dan pelukan hangat kepada wanita itu ketika mereka sama-sama berjalan kaki. Itu masih dilihat normal. Tetapi yang anehnya, mereka saling berpegangan tangan dan sekali sekala Justin merangkul pinggang wanita itu," kata sumber tersebut.

Tambahnya, Jennifer tidak bersama ketika insiden mesra itu berlaku.

Justin dan Jennifer sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan telah rasmi bertunang pada Ogos 2012. Namun kerana sering berbeza pendapat, mereka masih belum memutuskan untuk berkahwin sehingga sekarang.

Artikel Sebelum

Rani Mukerji Kahwin Februari 2014

Artikel Berikut

Artikel Lain