suria

Jake Gyllenhaal Kemalangan Ketika Penggambaran 'Nightcrawler'

Jake Gyllenhaal
Jake Gyllenhaal
Jake Gyllenhaal

PELAKON Jake Gyllenhaal mengalami kemalangan ketika berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya, Nightcrawler.

Akibat kemalangan tersebut, Jack telah dibawa ke hospital pada Rabu lalu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jake mengalami luka di tangan dan menerima jahitan selepas melakonkan adegan memukul kaca ketika penggambaran berlangsung.

"Ketika penggambaran dia harus melakonkan adegan memukul kaca. Sayangnya kaca tersebut pecah dan tangannya luka.

"Nasib baik luka tersebut tidak terlalu parah dan dia boleh menyambung semula lakonannya," kata sumber terdekat pelakon ini.

Dalam filem ini, Jake berperanan sebagai Lou iaitu seorang wartawan muda yang terlibat dalam dunia jenayah di Los Angeles ketika menjalankan tugas.

Untuk filem ini, Jake terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain