suria

Lady Gaga Teruja Tonton Lagu Dinyanyikan Madonna

PENYANYI Lady Gaga mengakui tidak sabar untuk melihat penyanyi Madonna menyanyikan lagunya berjudul Born This Way di atas pentas.

Penyanyi 27 tahun itu berkata, dia tidak mengetahui niat sebenar Madonna untuk menyanyikan lagu itu. Malah dia tidak pernah mengambil kisah tentang hal berkenaan.

Seperti dipetik daripada contactmusic, Gaga menganggap ia sebagai satu penghargaan buatnya apabila lagu tersebut dinyanyikan oleh Madonna.

Dia turut berharap agar mampu bertahan dan menjadi penyanyi sebaik Madonna suatu hari nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain