suria

Robin Thicke Enggan Kongsi Pentas Dengan Miley Cyrus

Robin enggan berkongsi pentas dengan Miley Cyrus.
Robin enggan berkongsi pentas dengan Miley Cyrus.
Robin enggan berkongsi pentas dengan Miley Cyrus.

PENYANYI Robin Thicke menolak untuk beraksi di atas pentas bersama Miley Cyrus buat kali kedua selepas muncul pada acara MTV Video Awards pada Ogos lalu.

Menurut laporan Aceshowbiz.com, Robin enggan berbuat demikian kerana bimbang persembahan itu nanti akan menimbulkan kontroversi dan rasa kurang senang di kalangan peminatnya.

"Semasa acara MTV Video Awards dahulu persembahan mereka dianggap kontroversi dan telah menimbulkan pelbagai reaksi buruk daripada peminat dan Robin tidak mahu lagi berduet dengan Miley," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Dalam pada itu, Robin ketika ditanya mengenai laporan dia bakal berkongsi pentas dengan Miley pada acara MTV Europe Music Awards, dia dengan lantang memberitahu perkara itu tidak akan berlaku.

Sebelum ini, Robin mengakui dia tidak mengetahui Miley akan muncul di atas pentas dengan pakaian yang mendedahkan tubuhnya dan beraksi di luar kawalan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain