suria

Tom Cruise Bengang Dituduh Tidak Pedulikan Anak

Tom Cruise
Tom Cruise
Tom Cruise

SELEPAS bercerai dengan Katie Holmes, beberapa pihak media menuduh aktor Tom Cruise mengabaikan anaknya, Suri Cruise.

Menurut laporan E! Online, Tom menyifatkan tuduhan tersebut adalah menjijikkan kerana dia tidak mungkin akan melakukan seperti yang didakwa itu.

"Kenapa mereka (media) perlu membuat tuduhan itu? Apa yang telah diberitakan adalah sangat menjijikkan," katanya.

Tambah Tom, dia tidak pernah pun berniat untuk meninggalkan Suri begitu sahaja, namun tidak ada pilihan lain apabila dia dan bekas isterinya tiada lagi persefahaman.

Gara-gara tuduhan yang dipaparkan dua media iaitu In Touch Weekly dan Life & Style, Tom telah menghantar surat saman atas merasakan nama baiknya sudah tercemar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain