Laporan Menyeluruh Trafik Star Radio Sempena Deepavali - Hiburan | mStar

Laporan Menyeluruh Trafik Star Radio Sempena Deepavali

Pasukan Trafik Star Radio akan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas sepanjang musim perayaan nanti.
Pasukan Trafik Star Radio akan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas sepanjang musim perayaan nanti.

PETALING JAYA: Pasukan trafik Star Radio akan memberikan laporan yang lebih menyeluruh dan terkini kepada semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Deepavali yang diraikan oleh masyarakat India pada Sabtu.

Ketua Bahagian Trafik Star Radio, Priscilla Patrick berkata, medium radio adalah paling berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya memandangkan ramai akan pulang ke kampung pada hari istimewa itu.

"Ini adalah peluang bagi kami untuk membantu pengguna jalan raya sama ada dengan memberikan laporan trafik terkini ataupun memberikan bantuan kepada mereka yang sedang dalam perjalanan bersempena Hari Deepavali.

"Kami akan memberikan laporan trafik tujuh hari seminggu dan pendengar akan dimaklumkan mengenai keadaan trafik menyeluruh di setiap negeri dengan laporan setiap 20 minit di antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi dan waktu petang di antara pukul 4 petang hingga 8 malam.

"Bagi waktu 10 pagi hingga 4 petang, pendengar akan dimaklumkan setiap setengah jam. Pada waktu hujung minggu, akan ada laporan trafik setiap 1 jam bermula 10 pagi hingga 6 petang”, katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Priscilla dan pasukan trafiknya iaitu Navster, Rizzo, Eyvon, JC Robert dan Cassey akan menemani pendengar Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM setiap hari dengan laporan yang menyeluruh dan secara langsung.

"Selain itu, sesiapa yang ternampak atau mengalami masalah seperti ragut, penculikan atau pembuli jalanan boleh melaporkannya kepada kru trafik Star Radio dan kami akan membantu menghubungi pihak berkuasa," katanya.

Priscilla turut menekankan keutamaan pasukannya adalah untuk membantu pendengar agar berasa selamat di jalan raya selain memastikan perjalanan mereka selamat.

Priscilla dan pasukannya boleh dihubungi melalui talian 03-7725-1133 atau menerusi laman Twitter @mytraffic.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain