Konsert Siti Nurhaliza Catat Sejarah Paling Berjaya Di Istana Budaya - Hiburan | mStar

Konsert Siti Nurhaliza Catat Sejarah Paling Berjaya Di Istana Budaya

Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.
Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.

PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.

"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.

Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.

Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.

"Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.

"Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.

Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.

"Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rossa Impikan Lelaki Lebih Tinggi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?