suria

'Sembunyi' Filem Terbaik Anugerah Profima 2013

Kemenangan berganda...Khabir turut menggondol Anugerah Pengarah Filem Terbaik menerusi filem Sembunyi.
Kemenangan berganda...Khabir turut menggondol Anugerah Pengarah Filem Terbaik menerusi filem Sembunyi.
Kemenangan berganda...Khabir turut menggondol Anugerah Pengarah Filem Terbaik menerusi filem Sembunyi.

KUALA LUMPUR: Filem Sembunyi dinobatkan filem terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima) 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Ahad.

Pengarahnya, Khabir Bhatia turut merangkul Anugerah Pengarah Filem Terbaik bagi membolehkan beliau membawa pulang trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan Presiden Profima Khir Mohd Noor.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merasmikan majlis itu.

Turut hadir Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Raja Rozaimei Raja Dalnish Shah.

Sementara itu, Anugerah Drama Siri Televisyen terbaik digondol Syarikat Zeel Production Sdn Bhd menerusi drama bertajuk Ameera manakala Telefilem Terbaik dimenangi Suhan Movie & Trading Sdn Bhd melalui Perempuan Itu Ibuku.

Kategori Dokumentari Terbaik pula dirangkul Measat Broadcast Network Systems & Discovery Network Asia Pacific menerusi Reef Rescuers.

Pada majlis itu, tiga individu menerima Anugerah Profima 2013 iaitu pelakon Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau Rosyam Nor, Pengarah filem tempatan Bade Azmi dan Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen sebagai menghargai sumbangan mereka dalam merancakkan industri filem tanah air. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain