suria

Kelly Clarkson Tidak Jemput Ibu Ke Majlis Kahwin

Kelly dan Brandon berkahwin pada 20 Oktober lalu.
Kelly dan Brandon berkahwin pada 20 Oktober lalu.
Kelly dan Brandon berkahwin pada 20 Oktober lalu.

IBU kepada Kelly Clarkson tidak berkecil hati apabila anaknya itu tidak menjemput dia ke majlis perkahwinannya dengan Brandon Blackstock pada 20 Oktober lalu.

Jeanne Taylor memberitahu hollywoodlife.com dia sedikit pun tidak terguris hati dengan sikap anaknya itu malah memahami situasi Kelly.

"Dia bimbang saya merajuk hati apabila tidak dijemput ke majlis berkenaan tetapi saya tiada masalah dengan keputusannya itu kerana memahami dia tertekan.

"Apa yang paling penting anak saya bahagia dengan lelaki pilihannya dan sebagai ibu saya mendoakan yang terbaik buat anak kesayangan saya," katanya.

Kelly, 31, sebelum ini merancang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang meriah namun mengejutkan semua pihak apabila bertindak melarikan diri ke sebuah lokasi di Walland, Tennessee untuk berkahwin.

Kelly dan Brandon bertunang pada Disember tahun lalu.

Artikel Lain