suria

Drama Adaptasi Komik 'Arrow' Temui Penonton

PETALING JAYA: Sebuah drama adaptasi komik adiwira inggeris popular berjudul Arrow akan disiarkan secara eksklusif di Asia menerusi TV3 bermula 22 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 11.00 malam.

Drama aksi fiksyen ini menampilkan pelakon-pelakon popular iaitu Stephen Amell, Katie Cassidy, Colin Donnell, David Ramsey, Willa Holland, Susanna Thompson dan Paul Blackthorne, siri ini diadaptasi dari komik superhero ‘Green Arrow’ terbitan DC Comics

Kisah siri ini bermula apabila jutawan Starling City, Oliver Queen (Stephen Amell) yang menghabiskan masa lima tahun terkandas di sebuah pulau selepas kapal yang dinaikinya karam, mangsa lain termasuklah bapanya, Robert Queen dan adik bekas teman wanitanya, Sara Lance.

Kepulangan Oliver ke Starling City disambut oleh ibunya, Moira bersama suami barunya, Walter Steele dan adiknya, Thea. Dia juga diraikan oleh rakan karibnya, Tommy Merlyn (Colin Donnell), anak ahli perniagaan berjaya, Malcolm Merlyn.

Sejak kembali ke Starling City, berlaku perubahan yang besar pada diri Oliver. Setiap malam beliau akan mengenakan pakaian jaket kepala berwarna hijau bagi merahsiakan identitinya lengkap dengan senjata busur panah.

Tujuan Oliver adalah untuk menunaikan permintaan terakhir bapanya. Robert Queen mahu melihat kumpulan penjenayah dihapuskan dan mengembalikan keharmonian di Starling City seperti sediakala serta membaiki kesilapan keluarga Queen.

Artikel Sebelum

Robert Pattinson Semakin Gemuk

Artikel Berikut

Artikel Lain