suria

Victoria Beckham Buka Butik di London

Victoria Beckham
Victoria Beckham
Victoria Beckham

NAMPAKNYA Victoria Beckham makin rancak dengan bisnes fesyennya sehingga ke peringkat antarabangsa dan selepas sukses sebagai pereka handal, wanita itu bakal memiliki butik sendiri pula.

Menurut laporan Dailymail, butik tersebut bertempat di pusat beli belah bertaraf tinggi iaitu di Mayfair, London.

Victoria yang kini berusia 39 tahun itu menandatangani kontrak membuka butik tersebut selepas berunding harga yang memakan masa berbulan-bulan.

"Disinilah (Mayfair) saya mahu memiliki butik pertama yang menyajikan sesuatu yang baharu dan segar. Sedikit konseptual tetapi ia mengikut trend terkini," katanya.

Di butik itu, isteri kepada David Beckham itu akan mengeluarkan rekaan tas tangan selain pakaian dan kasut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain