suria

Matt Sorum Kahwini Adriane 'Ace' Harper

BEKAS pemain dram kumpulan Guns N' Roses dan Velver Revolver, Matt Sorum akhirnya rasmi bernikah dengan penyanyi yang juga merupakan tunangnya, Adriane 'Ace' Harper.

Menurut laporan US Magazine, pasangan itu dinikahkan di Palm Springs, California dengan disaksikan ramai selebriti popular.

Antaranya yang hadir termasuklah Steven Tyler, Jane Lynch, John Stamos, Dave Navarro dan teman Sorum ketika di Guns N' Roses, Duff McKagan dan Slash.

Pada majlis itu, Sorum memakai tuksedo rekaan pereka fesyen popular John Varvatos yang juga menghadiri majlis tersebut.

Adriane merupakan penyanyi juga penari dan pernah berkerja dengan selebriti popular seperti Jennifer Lopez dan Pink.

Bagaimanapun Sorum dan Adriane kini bergabung dalam sebuah band yang dipanggil Diamond Baby.

Artikel Sebelum

Artikel Lain