suria

Robbie Williams Masih Ragu-Ragu Jadi Bapa

Robbie mengakui sudah mencuba sedaya upaya untuk menjadi bapa yang baik kepada anak perempuannya.
Robbie mengakui sudah mencuba sedaya upaya untuk menjadi bapa yang baik kepada anak perempuannya.
Robbie mengakui sudah mencuba sedaya upaya untuk menjadi bapa yang baik kepada anak perempuannya.

PENYANYI Robbie Williams memberitahu bergelar seorang bapa merupakan pengalaman paling menakutkan buatnya dan dia masih ragu-ragu sama ada dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik atau tidak.

Robbie, 39, berkata, dia masih dalam keadaan sukar untuk menjaga anak perempuannya, Theodora yang kini berusia 13 bulan walaupun menyayangi anaknya itu sepenuh hati.

"Saya sudah mencuba yang terbaik tetapi saya belum mahir untuk menjaga seorang anak kerana tugas itu sangat mencabar," akuinya seperti dilaporkan contactmusic.com.

Penyanyi itu turut menghasilkan sebuah lagu untuk anaknya berjudul Go Gentle dan menurut Robbie ia ditulis pada hari Theodora dilahirkan.

"Dia mengubah hidup saya kerana sebelum ini saya hanya memikirkan tentang kerjaya. Theodora mengajar saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab tentang perkara lain," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain