suria

Lindsay Lohan Rancang Buka Pusat Pemulihan

Lindsay mahu membantu golongan yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Lindsay mahu membantu golongan yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Lindsay mahu membantu golongan yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah.

PELAKON Lindsay Lohan merancang untuk membuka sebuah pusat pemulihan di New York dengan menggunakan namanya sendiri.

Radar Online melaporkan dia berhasrat untuk membuka pusat tersebut kerana ingin membantu individu yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah seperti yang pernah dialaminya sebelum ini.

Pelakon yang pernah membintangi filem Mean Girls itu pernah dimasukkan ke pusat pemulihan sebanyak enam kali sebelum ini.

Malah Lindsay dilaporkan telah berjumpa dengan beberapa pelabur dan rakan-rakannya yang berminat untuk bekerjasama dalam projek tersebut.

Lindsay juga ingin melibatkan diri dalam perniagaan itu kerana memahami tentang jenis rawatan sesuai untuk pesakit dan merasakan dia bertanggungjawab membantu mereka yang bermasalah terutamanya golongan muda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain