suria

Naomi Campbell Rancang Buka Pusat Kecergasan

Naomi amat mementingkan kesihatan dan melakukan senaman secara kerap.
Naomi amat mementingkan kesihatan dan melakukan senaman secara kerap.
Naomi amat mementingkan kesihatan dan melakukan senaman secara kerap.

SUPERMODEL terkenal Naomi Campbell dilaporkan sedang mencari lokasi sesuai di sekitar London untuk membuka sebuah pusat kecergasan bersama pelatih peribadinya, David Kirsch.

Sumber memberitahu Daily Star, Naomi yang memang obses dengan penjagaan kesihatan akan mengenakan syarat ketat kepada ahli yang ingin menyertai pusat kesihatan itu.

"Semua ahli yang memohon perlu menjalani ujian kesihatan dan kecergasan terlebih dahulu untuk memastikan mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Naomi sendiri," kata sumber berkenaan.

Naomi telah bekerjasama dengan David sejak beberapa tahun lalu dan lelaki itu banyak membantunya untuk mengurangkan berat badan selain kekal sihat.

Sumber itu turut memberitahu, Naomi, 43, sendiri akan memilih peralatan yang sesuai untuk kegunaan ahli dan akan berkongsi tip kesihatan yang diamalkan kepada mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Lain