suria

Gosip Hamil Buatkan Jennifer Aniston Rasa Sedih

Jennifer Anniston
Jennifer Anniston
Jennifer Anniston

UNTUK kesekian kalinya, Jennifer Aniston menyangkal dakwaan dirinya hamil anak Justin Theroux.

Bagaimanapun khabar angin itu sebenarnya membuatkan Jennifer berasa sedih kerana wanita berusia 44 tahun itu terlalu menginginkan anak.

Menurut laporan Dailymail, Jennifer dan Justin telah merancang untuk mendapatkan anak sejak setahun lalu. Malah bekas isteri Brad Pitt itu meluangkan banyak masa berehat dan membuat persiapan menjaga kesihatannya sebaik mungkin. Namun usahanya masih belum berhasil.

"Dia berusaha menangani gosip hamil dengan tenang dan memberikan wajah gembira apabila ditanya soalan itu. Namun sebenarnya dia terlalu ingin menjadi ibu," kata sumber.

Bintang filem Wanderlust itu telah bertunang dengan Justin pada Ogos tahun lalu. Kedua-dua mereka sempat dikhabarkan berkahwin diam-diam namun gosipitu tiada sebarang bukti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain