suria

Pink Mahu Lima Orang Anak

Pink mahu memiliki ramai cahaya mata sebagai penyeri rumah tangganya bersama Carey Hart.
Pink mahu memiliki ramai cahaya mata sebagai penyeri rumah tangganya bersama Carey Hart.
Pink mahu memiliki ramai cahaya mata sebagai penyeri rumah tangganya bersama Carey Hart.

PENYANYI Pink memberitahu susah bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarganya selepas kelahiran anak sulung mereka iaitu Willow yang kini berusia dua tahun.

E! melaporkan, Pink berharap dikurniakan lima cahaya mata dan mengakui suka dengan peranan seorang ibu.

"Saya mahu lima orang anak dan rasanya saya berkebolehan untuk menjaga kesemua mereka dengan baik," katanya.

Pink baharu sahaja muncul dengan filem pertamanya berjudul Thanks For Sharing di samping aktor Josh Gad.

Malah kata Pink, suaminya, Carey Hart juga tidak kekok menjaga kanak-kanak selain sering membantunya menguruskan Willow ketika ketiadaannya.

Dalam pada itu, Pink berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti dia tetap meletakkan anaknya sebagai keutamaan dan akan membawa kanak-kanak itu jika dia terpaksa ke luar negara.

"Seperti sekarang saya sedang melakukan konsert jelajah di seluruh dunia dan Willow akan mengikut ke mana sahaja saya pergi," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain