suria

Sazzy, Norjuma Sertai Minggu Fesyen New York

Sazzy mempertaruhkan jemana Street Fashion.
Sazzy mempertaruhkan jemana Street Fashion.
Sazzy mempertaruhkan jemana Street Fashion.

NEW YORK: Dua orang selebriti Malaysia iaitu Sazzy Falak dan Norjuma Habib Mohamed mendapat peluang buat pertama kalinya memperagakan busana mereka pada PLITZS New York City Fashion Week di Hotel Park Central, tengah kota raya New York pada Ahad.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 32, memperkenalkan 25 fesyen rekaannya yang diberi nama Street fashion pada sesi pagi Ahad manakala Norjuma Habib Mohamed tampil menerusi Aidijuma Tudung Bawal muncul pada sesi petang.

Pertunjukan rekaan Sazzy, yang juga pelakon dan pengacara, sepatutnya bermula pada 9.15 malam Sabtu menerusi slot designer showcase 5 tetapi terpaksa ditunda beberapa kali sehingga 12.30 tengah malam disebabkan kegagalan penganjur memastikan pertunjukan sebelum itu tamat mengikut masa yang disediakan.

Ini bagaimanapun tidak menghalang sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di kota raya ini menunggu bagi memberi semangat kepadanya walaupun sudah lewat malam.

Sazzy yang ditemui Bernama sebelum pertunjukannya berkata, ia merupakan kali pertama rekaannya diperkenalkan pada pertunjukan fesyen antarabangsa.

"Sebanyak 25 fesyen khas untuk pasaran Amerika berjaya direka selepas mendapat jemputan daripada penganjur beberapa bulan lepas,” katanya yang ditemani suaminya Nazril Idrus.

Ibu muda itu berkata beliau mula berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen sejak setahun lepas dan idea memulakan perniagaan fesyen itu timbul ketika dalam pantang selepas melahirkan anak kembar pertamanya.

Beliau berharap penyertaannya pada minggu fesyen New York akan menjadi platform kepadanya untuk menyertai pelbagai lagi minggu fesyen di peringkat antarabangsa termasuk London Fashion Week.

Sazzy dijangka turut memperagakan hasil ciptaannya menerusi model tempatan di sebuah kelab di Times Square anjuran sebuah agensi promosi fesyen terkenal di kota raya dunia itu esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain