Suria FM Raih Tumpuan Pendengar Digital - Hiburan | mStar

Suria FM Raih Tumpuan Pendengar Digital

Deejay-deejay Suria FM mengamatkan suasana rumah terbuka dengan gelagat masing-masing.
Deejay-deejay Suria FM mengamatkan suasana rumah terbuka dengan gelagat masing-masing.

KUALA LUMPUR: Stesen Radio Suria FM akan memberi fokus kepada pendengar secara digital dalam strategi menarik lebih ramai pendengar stesen tersebut.

Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio Star, Kudsia Kahar berkata, peningkatan pendengar amat memberangsangkan melalui Internet dan telefon pintar.

"Kami dapati peningkatan pendengar secara mendadak secara digital iaitu daripada pelayar Internet dan pengguna telefon pintar.

"Oleh itu, strategi dan program promosi kami akan lebih memberi tumpuan kepada pendengar-pendengar tersebut yang mana bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Star Radio Group, di Hotel Impiana KLCC, di sini, Isnin.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Berhad, Tan Sri Vincent Lee.

Tambah Kudsia, kajian juga mendapati golongan muda lebih banyak mendengar melalui dalam talian berbanding di radio.

"Bukan Suria FM sahaja, malah peningkatan ini terjadi di semua stesen radio, dengan itu kami ubah strategi untuk lebih banyak interaksi bersama pendengar digital pula," ujarnya.

Sementara itu, Kudsia berkata, pihaknya akan menjadikan aktiviti amal A Big Charity (ABC) sebagai acara tahunan bagi mengumpul dana kepada pertubuhan kebajikan.

"Sambutan pada aktiviti A Bit Charity yang kami buat pada Sabtu lalu di The Square, Publika Solaris Dutamas mendapat sambutan baik.

"Kami berjaya mengumpul sebanyak RM27,000 untuk disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha dan Angels Children’s Home. Kami akan jadikan acara amal ini sebagai aktiviti tahunan," katanya.

Dalam pada itu, selain Suria FM, majlis rumah terbuka berkenaan turut melibatkan stesen Red FM, 988 dan Capital FM.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis seperti Amy Mastura, Awi Rafael, Farawahida, Ning Baizura, Asmidar dan Suki Low.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain