suria

Peminat Mahu Adam West Tampil Dalam Superman vs Batman

Adam West memeggang watak Batman sekitar tahun 60-an
Adam West memeggang watak Batman sekitar tahun 60-an
Adam West memeggang watak Batman sekitar tahun 60-an

PENGGEMAR karakter superhero DC Comics terus membuat pemantauan terhadap perkembangan pembikinan ‘sekual’ filem Man of Steel iaitu Superman vs Batman.

Selain membuat bantahan terhadap pemilihan pelakon Ben Affleck sebagai Batman, mereka juga mempunyai permintaan lain.

Seperti dipetik dari Digital Spy pada Isnin, segelintir peminat filem tersebut membuat petisyen dengan meminta Adam West turut tampil sebagai ‘cameo’ dalam filem tersebut.

Adam merupakan bintang utama siri TV Batman pada 1960-an.

Bagaimanapun belum ada sebarang kenyataan daripada Warner Bros atau pun Zack Snyder mengenai permintaan itu.

Dalam pada itu, reaksi terhadap penolakan Ben Affleck sebagai pelakon utama semakin kuat.

Superman vs Batman itu akan menampilkan Henry Cavill sebagai Superman dan Ben Affeck sebagai Batman.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 2015.

Artikel Sebelum

Rihanna Kini Tampil Lebih Sopan

Artikel Berikut

Artikel Lain