suria

Suami Khloe Kardashian Diberitakan Hilang

Khole Kardashian dan suaminya Lamar Odom
Khole Kardashian dan suaminya Lamar Odom
Khole Kardashian dan suaminya Lamar Odom

KETIKA sedang heboh berita penceraian Khole Kardashian dan suaminya Lamar Odom, ada berita mengatakan suaminya hilang.

Namun baru-baru ini, selepas beberapa bulan tidak kelihatan, Odom dikatakan muncul di depan khalayak sambil memandu kenderaannya menyusuri kota Los Angeles, Amerika Syarikat.

Odom yang di khabarkan terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah itu kelihatan sihat dan berada dalam keadaan baik.

Khabar angin penceraian Khloe berlaku selepas dua wanita mengaku sebagai pasangan kekasih suaminya.

Khole dikhabarkan mengusir suaminya dari rumah kediaman mereka sebagai tanda berpisah.

Namun, ada sumber memberitahu pasangan ini tidak merancang untuk berpisah sebaliknya Odom mengubati masalah ketagihan dadah.

Artikel Lain