suria

‘KL Gangster 2’ Bakal ‘Boxoffice’ Walaupun Dua tahun Terperap

Yusof yakin filem KL Gangster 2 akan mendapat sambutan walaupun ia mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Yusof yakin filem KL Gangster 2 akan mendapat sambutan walaupun ia mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Yusof yakin filem KL Gangster 2 akan mendapat sambutan walaupun ia mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam menaruh keyakinan filem KL Gangster 2 bakal mengulangi kejayaan KL Gangster walaupun karya terbaharu itu telah terperap selama dua tahun.

Yusof, 59, berkata, menerusi jumlah tontonan ‘trailer’ filem berkenaan di laman YouTube yang mencecah hampir satu juta sejak dilancarkan tiga minggu lalu, ia menjadi bukti peminat masih menanti untuk menonton KL Gangster 2.

"Dalam masa tiga minggu ‘trailer’ itu dilancarkan ia telah mendapat tonton hampir satu juta penonton dan ia jelas menunjukkan peminat tertunggu-tunggu filem ini.

"Malah komen yang diterima juga positif menambahkan lagi keyakinan kami terhadap buah tangga terbaharu Skop Productions ini," katanya kepada mStar Online.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor bakal menemui penonton pada 3 Oktober depan.

Terdahulu menerusi filem KL Gangster yang ditayangkan pada 9 Jun 2011, Skop Productions berjaya memperoleh kutipan luar biasa apabila karya berkenaan mendapat kutipan sebanyak RM11.7 juta.

Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, di sebalik pelbagai masalah dan kontroversi melanda filem berkenaan, beliau beranggapan ia mempunyai hikmahnya tersendiri.

"Apabila melihat sendiri hasil akhir filem berkenaan ia membuatkan saya mula faham visi Syamsul terhadap filem itu sebagai pengarah muda sehingga menyebabkan ia lewat ditayangkan.

"Pengarahan Syamsul cukup berbeza dan Insya-Allah dia bakal mengulang kejayaan seperti mana KL Gangster dahulu," katanya.

Yusof juga memberitahu KL Gangster 2 menelan belanja sebanyak RM4.5 juta dan ia adalah filem termahal terbitan Skop Production setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Yusof berkata, kesihatannya kini semakin pulih selepas melakukan pembedahan secara laser untuk membuang batu karang baru-baru ini.

Akibat penyakit itu beliau lebih peka terhadap kesihatannya selain mengamalkan banyak meminum air kosong setiap hari.

"Sebelum ini saya memang kurang minum air kosong sehingga menyebabkan berlakunya masalah batu karang dan penyakit itu telah membuka mata saya untuk lebih berhati-hati pada menjaga kesihatan," jelasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain