suria

Hugh Jackman Nafi Dibayar RM300 Juta Untuk 'Wolverine'

Hugh Jackman.
Hugh Jackman.
Hugh Jackman.

PELAKON kelahiran Australia, Hugh Jackman menafikan laporan kononnya dia dibayar USD100 juta (RM300 juta) untuk kembali memegang peranan dalam filem Wolverine.

Jackman memberitahu dia tidak pernah ditawarkan dengan bayaran sebanyak itu dan jika benar dia tidak akan menerimanya.

"Saya sentiasa ada sebab lain apabila menerima sesuatu watak dan ia bukannya hanya kerana wang semata-mata," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Jack berkata, dia kini sedang dalam proses penggambaran siri terbaharu filem itu dan akan terlibat dalam aktiviti promosi di seluruh dunia.

Artikel Lain