suria

Persahabatan Jennifer Aniston & Courtney Cox Renggang

Hubungan baik pelakon siri Friends iaitu Cox dan Aniston dilaporkan sudah berakhir.
Hubungan baik pelakon siri Friends iaitu Cox dan Aniston dilaporkan sudah berakhir.
Hubungan baik pelakon siri Friends iaitu Cox dan Aniston dilaporkan sudah berakhir.

DUA pelakon siri popular Friends iaitu Courteney Cox dan Jennifer Aniston dilaporkan telah memutuskan persahabatan mereka yang terjalin sejak sekian lama.

Menurut Daily Mail, kelibat kedua-dua bintang terkenal itu tidak lagi kelihatan menghadiri beberapa majlis yang melibatkan mereka.

Menurut sumber, banyak pihak mula menghidu kerenggangan hubungan mereka selepas Cox tidak hadir pada beberapa acara yang diadakan oleh Aniston seperti majlis pertunangannya dengan Justin Theroux dan sambutan hari jadi.

Tidak seperti sebelumnya, kelibat Cox akan sentiasa menemani Aniston di mana-mana acara yang dihadiri mereka.

Sumber mendedahkan hubungan mereka terjejas selepas Cox berpisah dengan suaminya, pelakon David Arquette pada 2010 yang juga rakan baik Aniston.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain