suria

Soulja Boy Dihalau Dari Pesawat Selepas Maki Pramugari

Soulja Boy
Soulja Boy
Soulja Boy

PENYANYI rap Soulja Boy telah dihalau keluar dari pesawat American Airlines kerana melakukan kekecohan sebelum kapal terbang berlepas.

TMZ melaporkan, Soulja yang terkenal dengan lagu Crank That dilaporkan tidak mengikut arahan daripada pramugari yang bertugas apabila dia enggan duduk di tempatnya selain enggan memakai tali pinggang sebagai keselamatan.

"Pramugari itu turut menasihati kesan perbuatannya itu jika dia tidak duduk di tempatnya sebelum pesawat berlepas tetapi dia tetap berdegil," menurut sumber syarikat penerbangan itu.

Akibat teguran itu, Soulja dikatakan telah memaki hamun pramugari tersebut dan dia terpaksa diarahkan untuk meninggalkan kapal terbang berkenaan.

Dalam pada itu, Soulja mengakui tindakannya melampau dan telah meminta maaf kepada pramugari berkenaan.

"Ia adalah hari yang teruk buat saya dan sikap pramugari itu juga telah menambahkan kemarahan saya.

"Bagaimanapun saya memohon maaf kerana telah menimbulkan masalah bukan sahaja kepada syarikat penerbangan itu tetapi juga kepada penumpang lain," katanya.

Artikel Lain