suria

Elly Mazlein Gembira Masih Diterima Sebagai Penyanyi

Elly Mazlein
Elly Mazlein
Elly Mazlein

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mengakui gembira apabila lagu baharu nyanyiannya berjudul Bersabarlah Hati mendapat sambutan yang menggalakkan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, perkara tersebut membuatkannya lebih yakin untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian semula.

"Alhamdulillah, saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah untuk penyanyi yang sudah lama tidak keluar dengan lagu baru kembali semula dalam bidang nyanyian.

"Saya bersyukur dapat lagu yang bagus daripada komposer Manusia Putih yang mendapat sambutan daripada pendengar di stesen-stesen radio," katanya ketika ditemui mStar Online.

Kata Elly, promosi besar-besaran terhadap lagu tersebut akan dilakukan selepas Hari Raya ini.

"Saya belum buat apa-apa promosi sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama.

"Insyaallah, promosi akan dibuat selepas Hari Raya ini," katanya.

Sementara itu, Elly yang sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Mencari Cinta untuk RTM mengakui agak terkilan kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon untuk drama keluaran pada Hari Raya.

"Drama Mencari Cinta ini sebanyak 40 episod jadi saya terpaksa menolak benyak tawaran untuk telefilem raya.

"Penggambaran banyak dilakukan dalam dan luar negara, sebab drama ini juga promosi lagu itu pun tertangguh.

"Insyaallah selepas habis penggambaran baru boleh rangka balik jadual, setakat ini saya memang suka fokus pada satu kerja dan tidak suka ambil banyak-banyak tawaran dalam satu masa," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain