suria

Penyanyi One Direction Sertai Kelab Profesional Liga Satu Inggeris

Louis Tomlinson.
Louis Tomlinson.
Louis Tomlinson.

KELAB Divisyen Satu Liga Inggeris, Doncaster Rovers berjaya mendapatkan khidmat penyanyi kumpulan popular One Direction iaitu Louis Tomlinson sebagai pemain bukan kontrak untuk musim baharu yang akan bermula Sabtu ini.

Penyanyi berusia 21 tahun itu adalah anak kelahiran Doncaster tetapi tidak pernah bermain bola secara profesional melainkan pada hujung minggu sahaja.

Louis kini diberi jersi bernombor 28 untuk musim 2013-14. Dia bersetuju bermain untuk Doncaster sebagai sebahagian daripada kerja amal untuk hospital kanak-kanak Bluebell Wood Children's Hospice berhampiran Sheffield.

"Ini adalah saat yang sungguh gembira buat diri saya kerana sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk bermain mewakili kelab bandar kelahiran saya,” katanya kepada laman web rasmi kelab tersebut.

Louis Tomlinson sebelum ini memang pernah muncul mewakili kelab berkenaan dalam perlawanan amal bagi mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pada masa yang sama, penyanyi popular itu juga adalah pemegang tiket bermusim Doncaster Rovers.

Doncaster sememangnya mempunyai sejarah sedemikian. Sebelum ini pengerusi mereka, John Ryan, turut disenaraikan sebagai pemain bukan kontrak dengan memakai jersi bernombor 28.

Ryan mencatat sejarah sebagai pemain paling tua yang pernah disenaraikan sebagai pemain untuk sebuah kelab profesional di England, iaitu pada usia 52 tahun dan 11 bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain