suria

Harry Styles Tepis Dituduh Biseksual

Harry (kanan) memberitahu dia tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Nick dan mereka hanya rakan baik.

PENYANYI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles menafikan dakwaan bahawa dirinya seorang biseksual gara-gara hubungan baiknya degnan DJ Nick Grimshaw.

Harry menegaskan hubungannya dengan Nick hanya sekadar rakan baik dan menganggap tuduhan itu sebagai mengarut.

"Kami tidak bercinta dan hanya sebagai kawan. Saya biseksual? Tidak mungkin dan dakwaan itu adalah pembohongan," katanya ketika ditemu bual oleh majalah GQ.

Sejak kebelakangan ini namanya sering dikaitkan dengan lelaki tersebut kerana kelibat mereka berdua sering menghabiskan masa bersama-sama di kelab.

Harry sebelum ini sempat bercinta dengan penyanyi Taylor Swift selama beberapa bulan sebelum berpisah.

Artikel Lain