Nicky Minaj Dikatakan Pakai Cincin Tunang - Hiburan | mStar

Nicky Minaj Dikatakan Pakai Cincin Tunang

SEJAK akhir-akhir ini penyanyi Nicky Minaj dikatakan bakal berkahwin dengan DJ Khaled.

Menurut laporan E! Online, pelantun lagu Starship itu sudah pun bertunang selepas melihat sebentuk cincin berlian besar pada jari manisnya yang dirakamkan media di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Saat itu, Nicky baru sahaja menikmati makan malam bersama teman-teman wanitanya. Penyanyi itu juga seperti cuba menutup kilauan berlian dari cincinnya itu.

Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi tentang kesahihan berita itu. Bagaimanapun, DJ Khaled hanya mengungkap rasa cinta pada Nicky dalam sebuah wawancara di saluran hiburan MTV.

"Nicky Minaj, aku di MTV. Aku mencintai mu dan menyukai mu. Aku mahu menjadi milik kamu.

"Di sini, di MTV, aku mahu seluruh dunia menjadi saksi. Satu-satunya alasan aku tidak meluahkan perasaan ini secara berdepan kerana kamu terlalu sibuk. Jujurnya, aku ingin berkahwin dengan kamu," kata DJ Khaled.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain