suria

One Direction Lancar Produk Kecantikan Wanita

One Direction
One Direction
One Direction

NAMPAKNYA bukan sahaja selebriti wanita mempunyai label produk kecantikan sendiri, sebaliknya golongan lelaki juga. Dan ini terbukti apabila kumpulan One Direction turut mempunyai produk kecantikan mereka khusus buat golongan wanita.

Menurut laporan portal Dailymail, produk tersebut yang mendapat kerjasama dengan MUA juga dicipta khas buat para peminatnya di bawah jenama 'The Little Things'.

Produk tersebut terdiri daripada gincu, pelembap bibir, pemerah pipi dan pewarna kuku. Kesemua pemilihan warna dan perisa produk itu dipilih sendiri oleh kumpulan anak muda tersebut.

Dalam pada itu, penetapan harga produk tersebut juga sangat berbaloi terutamanya bagi golongan remaja sekolah kerana ia mampu dimiliki dan secara puratanya, ia dijual tidak melebihi RM30.

Sebelum ini, One Direction pernah melancarkan produk peralatan sekolah dan kini sedang dalam proses untuk tampil dengan produk minyak wangi pula.

One Direction dianggotai oleh Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Liam Payne.

Artikel Lain