Talha Harith Tidak Pernah Fikir Populariti - Hiburan | mStar

Talha Harith Tidak Pernah Fikir Populariti

Talha Harith
Talha Harith

PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith mengakui tidak pernah memikirkan tentang populariti yang bakal diraih apabila melakonkan sesebuah drama atau filem.

Talha, 23, berkata, apa yang lebih penting adalah kepuasan dalam melakukan tanggungjawab tersebut dengan baik.

"Saya tidak pernah ambil tahu tentang impak atau populariti yang bakal saya dapat selepas melakonkan sesuatu drama kerana itu hanyalah pandangan orang ketiga terhadap kita," katanya kepada mStar Online.

Pelakon yang popular dengan drama Juvana ini mengakui mempelajari lebih mendalam tentang dunia lakonan sebelum menceburkan diri secara serius dalam bidang ini.

"Saya bermula sebagai penggiat teater ketika usia 14 tahun selepas itu saya belajar mendalami bidang lakonan dan mengambil peluang untuk menjadi kru belakang tabir terlebih dahulu.

"Kerana proses pembelajaran itu penting untuk bekalan apabila saya ambil keputusan untuk lebih serius dalam lakonan," katanya.

Tambahnya, dia turut menganggap peminat sebagai penyokong dan pemberi semangat kepadanya untuk berada dalam industri ini.

"Alhamdulillah hampir sembilan tahun saya dalam industri seni sebenarnya, tapi baru sekarang saya berada di televisyen.

"Saya tidak ada peminat sebaliknya mereka yang menyokong dan pemberi semangat kepada saya," ujarnya yang membintangi drama Rumah Kedai yang bersiaran sepanjang Ramadan ini di TV3.

Dalam perkembangan lain, Talha sedang menjalani penggambaran Menjinak Ombak untuk slot Zehra di TV3 bersama Fezrul Khan, Risteena dan Liza Shahdan.

Artikel Sebelum

Sofazr Berjaya Dengan Bergaduh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?