suria

Segmen Baharu WHI Kongsi Resipi Artis & Ibu

Anis Nabilah bersama ibunya diwawancara dalam Wanita Hari Ini.
Anis Nabilah bersama ibunya diwawancara dalam Wanita Hari Ini.
Anis Nabilah bersama ibunya diwawancara dalam Wanita Hari Ini.

PETALING JAYA: Program bual bicara Wanita Hari Ini memperkenalkan segmen terbaharu berjudul Air Tangan Ibu yang bertujuan menekankan kepentingan masakan di rumah.

Penerbit Eksekutif Wanita Hari Ini, Siti Hatija Yusoff berkata, segmen ini turut menampilkan selebriti bersama ibu masing-masing dan berkongsi resipi-resipi istimewa bersama penonton.

"Wanita Hari Ini sentiasa menghidangkan kepentingan perhubungan antara keluarga terutamanya di bulan Ramadan ini.

"Segmen ini akan berkongsi resipi-resipi air tangan ibu yang dijangka dapat merapatkan lagi silaturahim kekeluargaan bukan sahaja anak dan ibu tetapi juga antara suami dan isteri," katanya selepas siaran langsung Wanita Hari Ini, di sini , Isnin.

Pada pelancaran segmen episod pertama itu, tetamu jemputan iaitu selebriti chef, Anis Nabilah Umaruddin telah dijemput untuk berkongsi cerita bersama penonton tentang air tangan ibunya dan diikuti pelakon Ifa Raziah bersama ibu mertuanya berkongsi resipi masakan istimewa mereka.

Selain Anis Nabilah dan Ifa Raziah, Tasha Shila dan Nabil Ahmad bakal menjadi tetamu segmen itu pada episod akan datang.

Segmen yang diterbitkan dengan kerjasama Planta itu akan disiarkan selama sembilan episod bermula Isnin (semalam) sehingga 6 Ogos depan pada pukul 12.30 tengah hari di TV3.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain