Rihanna Sudah Lupakan Chris Brown - Hiburan | mStar

Rihanna Sudah Lupakan Chris Brown

Rihanna
Rihanna

NAMPAKNYA nama Chris Brown sudah tidak ada dalam hati penyanyi Rihanna lagi.

Menurut laporan portal Showbizspy, buktinya ialah apabila penyanyi berusia 25 tahun itu kelihatan santai dan tidak kisah apabila mendapat tahu Chris membawa kekasihnya Karrueche Tran ke anugerah BET Awards pada 30 Jun lalu.

"Dahulu ketika di awal perpisahan, Rihanna sering tertekan dengan kelakuan Chris tetapi sekarang tidak lagi.

"Dia ada di Jerman dan sedang sibuk dengan konsert jelajahnya. Tetapi Rihanna mengharapkan yang terbaik buat Chris dan enggan kembali bersama penyanyi rap itu lagi," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, Rihanna kini begitu selesa dengan kehidupan solonya dan berasa lebih bebas untuk melakukan apa sahaja.

Rihanna dan Chris bukanlah pasangan baharu di dunia Hollywood. Mereka pernah berpisah pada tahun 2009 dan kembali bercinta pada awal 2013.

Artikel Sebelum

Raja Azmi Bakal Bertunang 15 Julai

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta