Gelaran Datuk Jeffrydin Bukan Kurniaan Sultan Sulu - Hiburan | mStar

Gelaran Datuk Jeffrydin Bukan Kurniaan Sultan Sulu

Jeffrydin
Jeffrydin

PETALING JAYA: Penyanyi veteran Datuk Jeffrydin menyifatkan individu yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterimanya sebagai tidak sah kerana mempunyai sifat iri hati.

Jeffrydin, 66, berkata, gelaran Datuk itu telah dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf oleh negara ini.

"Terserah kepada mereka bagi yang mahu menilai gelaran itu. Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang.

"Buat apa saya perlu kecil hati? Sedangkan sebelum ini lagi besar dugaan yang pernah saya lalui.

"Bagi saya mereka yang mempertikaikan kurniaan gelaran itu kerana ada perasaan iri hati," katanya.

Jeffrydin ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Debaran Rindu di Hotel Royale Bintang Damansara di sini pada Selasa.

Tambah Jeffrydin, dia sudah lali dengan pelbagai tuduhan itu kerana ia sering dipersoalkan sejak beliau menerima gelaran tersebut.

Sementara itu, selepas 10 tahun tidak mengeluarkan album, legenda muzik Pop Yeh Yeh ini yakin para peminat setianya akan menyukai himpunan karya lagu baharu itu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Katanya, walaupun kekal dengan muzik Pop Yeh Yeh, Jeffrydin membawakan lagu-lagu dalam album itu dengan selitan unsur-unsur muzik kontemporari.

"Sudah lama saya merancang untuk menghasilkan album buat peminat-peminat. "Alhamdulillah akhirnya ia sudah pun disiapkan dan saya yakin album ini akan mendapat penjualan yang baik.

"Menariknya, saya berikan kelainan dengan menampilkan kumpulan One Nation Emcees untuk berduet menerusi sebuah lagu berjudul Debaran Rindu.

"Kami merancang mahu berduet bersama sejak tahun 2008 lagi ketika kumpulan itu masih dalam program realiti GangStarz,"ujarnya.

Selain Debaran Rindu, sebanyak lima buah lagu dimuatkan dalam album baharu tersebut iaitu Pemburu Cinta, Lafu Dari Jiwa, Bing Bang Boom, Persoalanku dan sebuah lagu raya iaitu Syahdu Di Pagi Raya.

Lagu-lagu dalam album itu telah dihasilkan oleh tenaga kreatif komposer seperti Ad Samad, S.Amin Shahab, Tam Spider, Keon, Senibayan, Azmeer dan Datuk M.Nasir.

Debaran Rindu edaran FMC Music akan berada di pasaran bermula 8 Julai ini dan dijual dengan harga RM19.90. Ia juga boleh didapati menerusi iTunes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hugh Jackman Kecewa Dituduh Gay

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain