suria

Mariah Carey Tangguh Lancar Album Baharu

Mariah bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul The Art of Letting Go.
Mariah bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul The Art of Letting Go.
Mariah bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul The Art of Letting Go.

PENYANYI terkenal Mariah Carey mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh pelancaran asal album terbaharunya berjudul The Art of Letting Go yang sepatutnya berada di pasaran pada 23 Julai depan.

Mariah dalam satu entri di laman Twitternya berkata, dia memerlukan lebih masa untuk memastikan pemilihan lagu-lagu dalam album itu nanti adalah terbaik buat peminatnya dan tidak mahu terburu-buru.

Bagaimanapun Mariah tidak menjelaskan bila tarikh sebenar ia akan dilancarkan dan meminta peminat bersabar.

Bekas juri program American Idol itu pada Mei lalu melancarkan #Beautiful duet bersama penyanyi Miguel sebagai single pertama daripada album tersebut dan ia mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Mariah kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2009 menerusi Memoirs of an Imperfect Angel.

Artikel Sebelum

Artikel Lain