Kim Kardashian & Kanye Kahwin September Ini - Hiburan | mStar

Kim Kardashian & Kanye Kahwin September Ini

Kanye dan Kim akan bernikah di Paris September ini.
Kanye dan Kim akan bernikah di Paris September ini.

BERITA gembira buat pasangan Kanye West dan Kim Kardashian apabila penyanyi rap itu telah melamar kekasihnya beberapa hari selepas kelahiran anak mereka, North West.

Menurut laporan portal The Sun, Kim terus menerima lamaran tersebut dan merancang untuk melangsungkan pernikahan mereka di Paris pada September ini.

"Lamaran itu masih belum dibuat dengan sebarang pemberian cincin. Tetapi Kanye telah pun membelanjakan £500 ribu (RM2.4 juta) untuk sebentuk cincin," kata sumber.

Terdahulu pasangan itu menjadi perbualan apabila Kanye juga telah menghabiskan wang lebih daripada RM2juta sepanjang proses kelahiran North West.

Kanye sengaja mengeluarkan sejumlah wang besar itu agar Kim selesa sepanjang berada di hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta