suria

Azman Kombos Nafi Cinta Dengan Nad Zainal Kerana Publisiti

Azman Kombos
Azman Kombos
Azman Kombos

PETALING JAYA: Pelakon baharu, Azman Kombos menganggap hubungan cintanya dengan pelakon Nad Zainal bukan jalan pintas untuk meraih publisiti.

Malah, Azman, 28, berkata, Nad tidak pernah mendedahkan secara terperinci hubungan mereka selama ini.

"Kami bercinta sudah dua tahun sejak daripada zaman belajar di Aswara lagi. Namun sejak Nad menjadi artis dia mengaku kepada media tentang hubungan kami.

"Walaupun begitu dia tidak pernah memberitahu nama atau siapa kekasihnya," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, ketika ditanya khabar angin hubungan mesra antara Nad dengan pelakon Shah Iskandar, Azman berkata dia percaya kepada kejujuran wanita itu.

"Saya ada bertanya tentang gosip itu, tapi sudah jelaskan ia tidak ada apa-apa sekadar kawan di lokasi.

"Gambar-gambar yang ada di Instagram hanya ketika di lokasi penggambaran sahaja," katanya.

Bercakap soal mendirikan rumah tangga, Azman berkata hubungan tersebut masih belum ke arah itu.

"Saya dan Nad baru sahaja ingin membina kerjaya, mungkin belum masanya lagi.

"Saya mahu stabil dahulu dan ada aset sendiri barulah boleh menjaga orang lain," ujarnya.

Azman yang baru bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG ini mahu lebih fokus dalam membina kerjaya sebagai pelakon.

"Saya ada membintangi beberapa drama dan filem tapi mungkin ramai yang tidak perasan sebab watak saya kecil.

"Sehingga saya mengambil keputusan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG bagi membina nama dan kerjaya yang baru bermula ini," katanya yang sedang dalam penggambaran filem Nasi Kangkang dan Perempuan Muka Surat Tujuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain