suria

Selena Gomez Dapat Adik Lelaki

Selena Gomez
Selena Gomez
Selena Gomez

AKHIRNYA tercapai sudah keinginan Selena Gomez untuk memiliki seorang adik selepas ibunya, Mandy Cornett melahirkan seorang anak perempuan pada Khamis lalu.

Menurut laporan portal Contactmusic, rakan-rakan Selena dan saudara maranya telah ke hospital melawat Mandy.

"Mereka hadir dengan pelbagai hadiah buat bayi tersebut.

"Kehadiran bayi itu pasti akan menceriakan lagi keluarga itu terutamanya Selena yang sudah lama menantikan seorang adik," kata sumber.

Sebelum ini, Mandy pernah mengalami keguguran pada Disember 2011 sehingga membuatkan dia putus harapan untuk mengandung lagi.

Mandy dan ayah kandung Selena, Ricardo Gomez, telah bercerai sejak penyanyi lagu Love You Like A Love Song itu berusia lima tahun.

Namun pada tahun 2006, Mandy telah berkahwin lagi dengan Brian Teefey.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain