suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nad Zainal Terpaksa Masuk Kelas Main Bes

PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal terpaksa mengambil kelas muzik selama dua bulan semata-mata untuk melakonkan watak pemain bes dalam filem terbaharunya Kami Histeria.

Nad, 23, berkata, ia merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan kerana dia tidak pernah mempelajari apa-apa asas dalam bidang muzik itu sebelum ini.

"Saya seorang yang tidak pandai bermain dengan alat-alat muzik ini. Ketika dapat watak menjadi seorang pemuzik, saya agak terkejut dan menganggap perlu lakukan sesuatu.

"Jadi, saya ambil kelas untuk belajar main bes bersama kawan lain yang ikut kelas tersebut," katanya.

Kata Nad, dalam filem terbitan Red Film itu, dia turut berlakon dengan beberapa pelakon popular lain seperti Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Afdlin Shauki.

Filem tersebut akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

"Saya agak berdebar-debar menantikan tayangan filem berkenaan yang dijadualkan akan keluar pada hujung tahun ini.

"Ia merupakan sebuah filem genre seram komedi dan saya membawakan watak seorang pemain bes bersama kumpulan Kami Histeria," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nad bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Kampung Girl yang diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk Kampung Girl untuk slot Lestari di TV3 tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain