Shah Iskandar, Nad Zainal Tiada Hubungan Istimewa - Hiburan | mStar

Shah Iskandar, Nad Zainal Tiada Hubungan Istimewa

Shah Iskandar
Shah Iskandar

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar menganggap hubungannya dengan pelakon Nad Zainal hanya sekadar rakan artis semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Malah Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz,31, berkata, dia turut mengenali teman lelaki kepada wanita itu.

"Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja.

"Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapatnya dengan wanita itu.

Pelakon berasal dari Singapura yang pernah dikaitkan dengan pelakon Rozita Che Wan itu tidak mahu gosip tersebut menjadikan hubungan Nad dan kekasihnya mengalami masalah.

"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya.

Ujar Shah, dia dan Nad mula mengenali ketika bekerjasama dalam sebuah drama bersiri Seindah Sabar yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

"Saya dan Nad bergandingan dalam drama bersiri itu dan saya anggap dia seorang pelakon yang berbakat besar.

"Dia ada asas dan belajar dalam bidang ini di Aswara dan berlakon dengan dia memang tiada masalah," katanya.

Bercerita tentang kerjaya lakonan yang semakin menyinar, Shah berkata, dia tidak terlalu memilih daripada segi pemilihan watak.

"Saya tidak kisah apa pun watak tapi kalau boleh ia pelbagai dan tidak hanya satu karakter sahaja.

"Biarpun bukan pelakon utama namun saya lebih suka jika diberi peluang watak-watak berbeza," katanya yang bakal membawakan watak lelaki lembut dalam drama Merah Bukan Jambuterbitan RTM.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya di Singapura, Shah mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan dan pengacaraan daripada produksi dan stesen televisyen negara itu.

"Sehingga kini masih ada lagi tawaran untuk jadi pengacara dan berlakon di sana, tapi agak susah untuk ulang alik kerana saya sudah menetap di sini.

"Lagi pun saya nekad untuk membina kerjaya di negara ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain