suria

Konsert Linkin Park Di Kuala Lumpur Ogos Depan

Linkin Park
Linkin Park
Linkin Park

PETALING JAYA: Bintang rock dari Amerika Syarikat, Linkin Park dijadualkan akan mengadakan persembahan mereka di ibu negara pertengahan Ogos depan.

Seperti dilaporkan portal redcarpet.net, syarikat pengurusan acara iaitu The Wonderland dan Sevent Media dikatakan bertanggungjawab untuk menguruskan kumpulan berkenaan.

“Buat masa ini segala butiran lengkap mengenai konsert berkenaan tidak dapat didedahkan buat sementara waktu sehinggalah pihak berkenaan mendapat satu keputusan muktamad mengenai penjualan tiket dan sebagainya.

“Satu pengumuman berhubung konsert itu akan dilakukan tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

Kumpulan yang aktif sejak tahun 1996 itu mencatat kejayaan luar biasa apabila alum mereka berjudul Hybrid Theory terjual melebihi 10 juta unit pada tahun 2000 diikuti dengan Meteora yang terjual empat juta unit.

Linkin Park dianggotai oleh Chester Bennington, Rob Bourdon, Brad Delson, Dave Farrell, Joe Hahn dan Mike Shinoda.

Artikel Lain