suria

Paris Jackson Mahu Bunuh Diri Selepas Bergaduh Dengan Abang

Keakraban hubungan Paris dan ibu kandungnya iaitu Debbie Rowe telah mengakibatkan dia bertelingkah dengan abangnya, Prince.
Keakraban hubungan Paris dan ibu kandungnya iaitu Debbie Rowe telah mengakibatkan dia bertelingkah dengan abangnya, Prince.
Keakraban hubungan Paris dan ibu kandungnya iaitu Debbie Rowe telah mengakibatkan dia bertelingkah dengan abangnya, Prince.

ANAK kepada mendiang Michael Jackson iaitu Paris Jackson,15, dikatakan telah bergaduh dengan abangnya, Prince Jackson, 16, sebelum melakukan cubaan membunuh diri pada Rabu lalu.

Portal Daily Mail melaporkan kejadian itu berlaku kerana Prince dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya itu yang berbaik-baik dengan ibu kandung mereka, Debbie Rowe.

Kelibat Prince juga tidak kelihatan di hospital sejak kejadian itu berlaku dan dia dilihat menghabiskan masa membeli-belah bersama teman wanitanya Remi Alfalah di New York.

"Paris dan Prince sangat rapat sebelum Debbie kembali dalam hidup mereka dan hubungan itu renggang kerana Paris ingin mengenali lebih dekat ibu kandungnya itu.

"Prince merasakan Paris telah mengkhianati bapa mereka dengan berbaik-baik dengan ibu mereka dan masih terpengaruh dengan semua cerita-cerita tentang keburukan wanita berkenaan yang diceritakan oleh Michael sebelum ini," jelas sumber terdekat keluarga itu.

Paris semenjak akhir-akhir ini sering berulang alik ke Palmdale, California untuk bertemu dengan Debbie, 54, dan dia amat menyukai ibunya itu.

"Paris suka dengan cerita-cerita Deddie tentang Michael dan hubungan mereka sangat rapat," ujarnya lagi.

Pada Rabu lalu Paris telah dikejarkan ke Hospital California selepas dia cuba untuk mengelar pergelangan tangan kanannya dengan sebilah pisau dan turut meninggalkan sekeping nota untuk ahli keluarganya.

Paris kini sedang diletakkan dalam pengawasan psikiatri selama 72 jam di hospital kerana turut mengalami tekanan perasaan.

"Dia pernah mendapatkan rawatan kerana tekanan sebelum ini. Kali ini dia cuba mengelar tangan dan ini adalah petunjuk dia benar-benar memerlukan bantuan.

"Paris dalam keadaan baik dan bukannya kritikal," jelas sumber tersebut.

Sebelum kejadian, Paris menerusi laman Twitternya meninggalkan beberapa pesanan pelik yang jelas menunjukkan dia sedang tertekan dengan kehidupannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain