suria

Jennifer Lopez Tak Suka Tonton Berita

Jennifer Lopez
Jennifer Lopez
Jennifer Lopez

PENYANYI Jennifer Lopez mengakui dia kurang gemar menonton berita di televisyen.

Menurut laporan Contact Music, ini kerana penyanyi lagu On The Floor itu berasa sedih dan tidak senang hati dengan berita-berita yang dipaparkan.

"Saya memang tidak suka menonton berita kerana kebanyakannya semua berkenaan dengan kisah-kisah yang menyayat hati saya.

"Lebih senang jika saya menonton filem-filem, tetapi bukan cerita-cerita seram atau pembunuhan yang menakutkan.

"Lucunya ketika di zaman remaja dahulu, bekas kekasih saya memanggil saya 'Pretty In Pink Girl' kerana menyukai filem-filem romantis seperti itu.

Bagaimanapun, tambah Jennifer atau lebih dikenali sebagai JLo, dia tetap membaca akhbar sekadar pengetahuan am.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain