suria

Persembahan '3 Diva' Akan Dirakam Dalam Bentuk CD

Tiga penyanyi terkenal iaitu (dari kir) Uji Rashid, Sharifah Aini dan Khatijah Ibrahim akan menjayakan persembahan Malam Amal Bersama Tiga Diva untuk mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 12 Jun ini.
Tiga penyanyi terkenal iaitu (dari kir) Uji Rashid, Sharifah Aini dan Khatijah Ibrahim akan menjayakan persembahan Malam Amal Bersama Tiga Diva untuk mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 12 Jun ini.
Tiga penyanyi terkenal iaitu (dari kir) Uji Rashid, Sharifah Aini dan Khatijah Ibrahim akan menjayakan persembahan Malam Amal Bersama Tiga Diva untuk mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 12 Jun ini.

PETALING JAYA: Persembahan Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang bakal berlangsung pada Jun depan akan dirakamkan dalam bentuk cakera padat (CD) untuk peminat.

Pengarah Eksekutifnya, Kaizen Sulaiman Ngah Dimin berkata, selain bakal mengeluarkan CD persembahan itu pihaknya juga akan berbincang dengan mana-mana stesen televisyen yang berminat untuk menayangkan persembahan itu.

"Bukan mudah untuk mengumpulkan ketiga-tiga diva tersebut dalam sebuah persembahan dan Insya-Allah kita akan mengeluarkan CD khas untuk para peminat yang tidak dapat hadir ke majlis itu," katanya pada sidang media kedua acara berkenaan yang diadakan di Restoran Khadijah’s Kitchen di sini, Selasa.

Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, dekat sini bermula 8.30 malam.

Ia dan akan menampilkan tiga penyanyi terkenal iaitu Datuk Sharifah Aini, Datuk Khatijah Ibrahim dan Uji Rashid.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, setakat ini pihaknya telah berjaya menjual 80 peratus daripada 100 buah meja yang disediakan untuk persembahan pada malam itu nanti.

Pihaknya juga gembira dengan perkembangan tersebut dan berharap bakinya dapat dijual sebelum persembahan berlangsung.

"Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang baik daripada peminat dan pihak-pihak yang ingin bekerjasama bagi mengumpul dana untuk membantu golongan ibu tunggal memperbaiki kehidupan mereka tanpa bergantung kepada orang lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, Khatijah berkata, mereka sudah mula membuat persiapan selain berhasrat untuk menampilkan persembahan menerusi rangkaian lagu secara medley bersama.

Bagaimanapun Khatijah tidak mahu mengulas lanjut mengenai konsep persembahan itu i kerana ingin memberi kejutan kepada penonton.

"Ia akan menjadi kenangan yang baik kepada mereka yang datang kerana bukan mudah untuk melihat kami bertiga digabungkan di atas pentas sama namun yang pasti kami bertiga akan berduet," katanya.

Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).

Turut diadakan pertunjukan fesyen dan ratu kebaya oleh ibu-ibu tunggal.

Harga meja yang dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat di www.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923.

Artikel Lain