suria

Nicky Minaj Ingin Kembali Kepada Hip-hop

Nicki Minaj
Nicki Minaj
Nicki Minaj

MENCIPTA dan menyanyikan lagu sendiri seperti Starship genre pop merupakan satu pencapaian terbaik bagi penyanyi Nicki Minaj, namun dia enggan meneruskan muzik sedemikian.

Nicki berkata, dia ingin kembali kepada genre asal iaitu hip-hop yang membawa namanya naik ke industri seni suara.

"Saya mahu kembali ke genre hip-hop untuk album baru nanti, secara jujurnya saya menyesal dengan album yang lalu dan tiba masanya untuk saya kembali semula," katanya seperti dipetik Aceshowbiz.

Juri American Idol ini juga yakin dengan keputusan tersebut dan tidak peduli terhadap lagu-lagu popnya yang berjaya.

"Saya boleh sahaja kembali untuk menulis lagu-lagu pop dan menjualnya tapi saya tidak mahu dan malu kembali pada muzik asal iaitu hip-hop," katanya.

Selain itu, rancangan American Idol turut dikatakan mempengaruhi wanita 30 tahun ini untuk kembali kepada muzik berkenaan.

Artikel Lain