suria

Kanye West Tolak Nikahi Kim Kardashian

Kim Kardashian dan teman lelakinya Kenye West
Kim Kardashian dan teman lelakinya Kenye West
Kim Kardashian dan teman lelakinya Kenye West

SELAMA ini khabar angin mengenai pasangan selebriti Kim Kardashian dan teman lelakinya Kenye West berkahwin dalam masa terdekat sudah tersebar luas.

Seperti dilaporkan Digital Spy, kini muncul khabar terbaharu bahawa Kenya enggan menikahi teman wanitanya itu kerana dianggap akan merosakkan sumber kewangannya kerana wanita itu mempunyai perbelanjaan yang sangat tinggi.

"Dia tidak mahu menikahi Kim kerana wanita itu suka menghabiskan wang dalam jumlah yang banyak setiap kali berbelanja.

"Dia membayar ribuan dolar kepada pereka bajunya dan beg tangan jenama Louis Vuitton untuk dipadan dengan setiap bajunya," ungkap salah satu sumber daripada Majalah Star.

Mei lalu, pasangan ini memberi kenyataan tidak akan bernikah dalam waktu terdekat, namun Kim bakal melahirkan cahaya mata mereka tidak lama lagi.

Kim sebelum ini sudah dua kali mendirikan rumah tangga iaitu bersama Damon Thomas iaitu bertahan selama empat tahun, manakala Kris Humphries hanya bertahan selama 72 hari.

Artikel Sebelum

Raja Azmi Disamun

Artikel Berikut

Artikel Lain