suria

Bapa Mahu Rihanna Berbaik Dengan Chris Brown

Rihanna dan Chris menamatkan hubungan cinta mereka yang penuh kontroversi.
Rihanna dan Chris menamatkan hubungan cinta mereka yang penuh kontroversi.
Rihanna dan Chris menamatkan hubungan cinta mereka yang penuh kontroversi.

BERITA perpisahan penyanyi Chris Brown dan Rihanna ramai yang melahirkan rasa lega namun ada pihak tidak menyenangi dengan perkhabaran tersebut.

Seperti dilaporkan The Sun, bapa kepada Rihanna mahukan anaknya itu kembali kepada Chris dan yakin mereka akan bersatu kembali suatu hari nanti.

"Saya peminat Chris dan sukakan dia. Mereka mempunyai hubungan yang kuat dan perpisahan itu tidak akan berlaku selamanya.

"Beberapa bulan lagi mereka pasti akan kembali bersama," kata Ronald Fenty.

Ronald juga memberitahu bahawa dia sempat menghubungi Rihanna selepas berita anaknya itu berpisah dengan Chris.

Ternyata, sikap Ronald itu bertentangan dengan peminat penyanyi lagu Stay itu kerana masih marah dengan tindakan Chris yang memukul Rihanna beberapa tahun lalu.

Artikel Lain