suria

"Raudah Di Hatiku" Jelajah Kelantan Dan Johor

Ahmad Izham Omar
Ahmad Izham Omar
Ahmad Izham Omar

PETALING JAYA: Program Raudah Di Hatiku yang menjadi acara simbolik TV9 akan meluaskan penjelajahan masjid di Kelantan dan Johor, selain di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, destinasi baru ini akan menambahkan lagi bilangan ukhwah yang semamangnya ditunggu oleh masyarakat negeri-negeri lain.

"Melalui sambutan yang menggalakkan daripada program sebelum ini, kita memutuskan untuk menjelajah beberapa masjid di negeri luar iaitu Kelantan dan Johor.

"Pelbagai aktiviti berfaedah akan dilaksanakan bagi memberi kepuasan kepada golongan remaja dan kanak-kanak untuk hadir mengimarahkan masjid dan memperkukuhkan silaturahim," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Raudah Di Hatiku, baru-baru ini.

Tambah Izham, dengan aktiviti sebegini, dapat membuka pintu kepada golongan remaja untuk lebih melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

"Golongan remaja kini merasakan yang masjid tidak banyak menawarkan aktiviti kepada mereka. Pada hakikat sebenarnya, pelbagai aktivi telah disediakan oleh pihak masjid untuk menarik minat mereka.

"Malah, masjid-masjid kini telah mula menjalankan aktiviti-aktiviti menarik seperti futsal, bola sepak, merentas desa, kaligrafi Arab, kelab kebudayaan dan banyak lagi," ujarnya.

Penganjuran ketiga Raudah Di Hatiku akan dipanjangkan kepada dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.

Lokasi Jelajah Raudah Di Hatiku bermula di Johor Bahru pada 7 dan 8 Jun, Kota Bahru, 5 dan 6 Julai, sekitar lembah Klang pada 6 dan 7 September serta 4 dan 5 Oktober.

Manakala di Subang Jaya pada 1 dan 2 November.

Artikel Lain