suria

Paris Hilton Tidak Lagi Kejar 'Populariti'

Paris Hilton.
Paris Hilton.
Paris Hilton.

PARIS Hilton memberitahu tidak lagi berminat dengan populariti sebagai selebriti sebaliknya mahu memberi fokus sebagai usahawan yang berjaya.

Bintang berusia 32 tahun itu berkata, dia telah hilang minat terhadap dunia hiburan semenjak seorang penceroboh cuba memasukinya kediamannya dengan sebilah pisau pada Ogos 2010, lapor Contactmusic.

"Kejadian itu cukup menakutkan dan saya tidak dapat bayangkan jika penceroboh itu berjaya memasuki rumah dan mencederakan saya," katanya.

Paris berkata dia ingin mengikut jejak langkah keluarganya yang berjaya dalam bidang perhotelan dan mahu mewarisi kepakaran datuk dan bapanya yang berjaya membangungkan rangkaian hotel Hilton di seluruh dunia.

Artikel Berikut

Artikel Lain