suria

Holly Madison Umumkan Pernikahan Dengan Pasquale Rotella

Holly dan Pasquale Rotella mengumumkan perkahwinan mereka selepas hampir setahun bercinta.
Holly dan Pasquale Rotella mengumumkan perkahwinan mereka selepas hampir setahun bercinta.
Holly dan Pasquale Rotella mengumumkan perkahwinan mereka selepas hampir setahun bercinta.

AKHIRNYA khabar gembira telah diumumkan oleh bekas gadis majalah 'Playboy' Holly Madison.

Pada pelancaran dokumentari filem Holly Has A Baby, wanita itu mengumumkan dia akan bernikah dengan kekasihnya Pasquale Rotella pada 14 Ogos depan.

Holly juga berkata bahawa Pasquale yang merupakan seorang penerbit festival muzik telah pun membuat persiapan membeli cincin pertunangan dan pernikahan.

"Sebenarnya sudah lama kami rancang untuk berkahwin cuma jadual kerja yang sibuk membuatkan kami terpaksa menunda hari bahagia kami," kata Holly kepada E! Online.

Pasangan itu telah pun mempunyai seorang anak perempuan yang baru dilahirkan pada 5 Mac lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain